Kerjaya Pengacaraan Sharifah Shahirah

Shiera menjadi bidan terjun bersama kakaknya, Lynn ketika diberi peluang untuk mengacarakan siaran langsung Anugerah Media Hiburan 2002 di Angkasapuri pada Januari 2003.[3] Sebetulnya, Afdlin dan Amy Mastura adalah gandingan pengacara yang sebenar namun mereka berdua tidak dapat menyertai penganugerah itu. Biarpun sekadar pengacara bidan terjun, gandingan Shiera dan Lynn mendapat pujian ramai.

Sejak itu Shiera diberi peluang untuk mengacarakan pelbagai majlis-majlis anugerah di Malaysia. Selain sudah beberapa kali menjadi pengemudi acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2005, 2008, 2009, 2010, dan 2011); beliau juga pernah mengacarakan siaran langsung Festival Filem Asia Pasifik ke 50 ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada 2005.

Menariknya mengenai Shiera, beliau bermula sebagai pengacara majlis anugerah sebelum berkecimpung sebagai pengacara TV. Antara rancangan TV yang di acarakan oleh beliau adalah Nasi Lemak Kopi O, Mangkuk Tingkat serta rancangan bual bicara Gedik Santai.